Saturday, June 23, 2012

Hobi saya ialah ..

Dulu waktu jaman (zaman) sekolah rendah dulu en, suka benar dapat tajuk 'Hobi saya' sebagai tajuk karangan . Paling mudah dan senang . Idea mencurah-curah umpama susu tumpah ke ladang gandum dan jadilah Coco Krunch .

SPLASHHH


Kau nak cerita apa sebenarnya weh , Durra ?



Hobi saya ialah ..


1) Kumpul setem 

Dulu masa darjah satu , semangat waja satria betul nak kumpul setem banyak-banyak . Kononnya lah kan *gaya Azwan Ali*, nak jadikan hobi . Nasib menyebelahi diri bila tak lama lepas beli buku setem tu , ada pulak orang luar datang sekolah and jual setem lama-lama . Tapi mak aih , harganya .. *tepek dahi* mahal nak mampuih . If tak silap, duit belanja rm2.00 tu habis dalam sehari la jugak . Untuk beli setem tu semua . Tapi serious wa cakap, setem dia old school betul . Waktu tu beli setem gambar P.Ramlee , gambar Fokker (pesawat kecil) , setem Singapore zaman 40an dulu , dan gambar piano . Sempat la habiskan dalam 5 muka surat .

Update : Buku setem tu dah kemana tah, jangan ditanya .


2) Kumpul plastik gula-gula / coklat

Ini pun jadi hobi ke ? Eh, suka hati la, bukan hobikauu . *gaya Didie Alias*  Waktu tu darjah 3 if tak silap . Sampai darjah 4 je bertahan hehe . Beli coklat kat airport , candy shop . Sekali beli, mahu cecah rm20.++ Pernah sekali beli sampai rm50.++ haha . Taksub tengok plastik warna warni, macam-macam perisa walaupun dah pernah rasa sebelum tu . Lol . Penuh jugak la 2 kotak kasut yang menjadi tempat simpanan plastik coklat tu . Rasa puas dan sejuk mata memandang bila tengok hehe .

Update : Pun dah kemana tah kotak tu . If tak silap, semut dah hurung sebab ada bekas coklat coklat tu lagi hahaha malas gila nak lap satu satu hamboii makan kau rajin pulak kann


3 ) Memancing 

Kah kah kahhh . Now dah lama sangat tak memancing sebab dah lama tak balik Moncheh ( Gemencheh ) dan kat Shah Alam tak thrill because it is an obvious fishing pond , which you already know that there are fishes inside . Kalau kat kampung, memancing kat paya , kat lopak air , kat sungai . Kadang-kadang udang pun dapat nomnomnom . Bak kata bapak, gue ada bakat memancing . Asal letak je umpan, mesti ada yang mengena . Keh keh keh , tuah memancing la katakan :P

Update : Kan dah bagitau dah lama tak memancing , tulah kan dah kantoi skip skrip atas ni -..-


4) .....

5) ....

6) ....


(skip banyak hobi sebab tak ingat, but seriously memang banyak hobinya . :O )

7 ) Kumpul perfume

Haaa, ini palinglinglingling *ding ding dong - lagu SHINee berkumandang* latest punya hobi . Takde la latest mana , since last year sebenarnya . Antara collection saya , jeng jeng ..



True Star by Tommy Hilfiger

Jarang pakai, selalu pakai losyen dia je . Sebab wangi hee .


Crystal Noir by Versace 

Bau dia manis dan tahan lama .

Be Delicious by DKNY 

Bau apple ! Sangat fresh dan fruity :D



Parisienne by Yves Saint Laurent 

Selalu pakai bila ada wedding , sebab bau dia sesuai untuk environment luar .



Play for Women by Givenchi 

Hahaha percaya tak ? Pakai ni masa kat PLKN dulu, lol . Bau dia agak kuat dan tahan lama .

Tresor by Lancome 

Perfume ni legend . Mak dah pakai ni dulu haha . Bau dia sangat classy and luxury .




Cool Water for Women by Davidoff 

Thanks to boyfriend for giving me my favourite perfume . I love you hihi



Coming Soon 



Red Jeans by Versace 

Bau dia best, sesuai untuk orang tahan lasak macam aku kah kah .




Daisy by Marc Jacob

Okayyy, perfume ni pernah menang award 'The World's Bestselling Perfume' okayyy . Pernah bau sekali and quite nice jugak la .



Mesti ada yang kata ' Buat apa bazir duit beli perfume mahal-mahal ?' Ini jawapannya :

1) Bukan beli guna duit kau pun

2) Sekali sekala beli, tak salah rasanya

3) Orang lain beli baju la, handbag la, high heels la, tak pulak kau kata mahal

4) Kalau dah minat, takde apa boleh menghalang

5) Rasanya perfume berbaloi , tahan lama dan guna hari-hari .

6) Rasanya mahal lagi modified kereta atau beli lens baru untuk DSLR

7) The end


So, apa hobi korang ? Kongsikan bersama

(aiceh kemainn) 

No comments:

Post a Comment