Thursday, March 17, 2011

Special Edition : PLKN

Kami wira wirawati negara ..


Ok dah cukup dengan intro yang diberikan . Nak sambungannya ? Google sendiri . Hai hai hello kepada pembaca setia blog ini . Tuan empunya blog telah kembali ke medan blogger setelah berada di KEM PLKN DESA RIMBA, KUALA KANGSAR selama 2bulan 9hari . Wah, sangat serunuk ok PLKN ? Tak percaya ? Tunggu ceritera saya :D



Inilah kem tersayang

My camp femes sebagai Kem Paling Strict . Haha . Mana taknya, balik raya cina haritu, bebudak kem lain tanya " Durra , kau dapat Desa Rimba en ? Gila ah, takut aku nak masuk sana " Hahahaha . Mana ada, seronok kot . Fun pun fun, lawa pun lawa . Ok habis semua sekali , meh sambung stori .




First month agak bosan (sangat bosan sebenarnya) 'cause tak habis habis dengan kelas itu and ini . Kelas PD je best . Ha kau, budak PD 5 , jangan fikir lain pulak . Aku duku pale sorang sorang kang :P Mula-mula, bila jurulatih kata yang kitorang bakal masuk kelas pada keesokkan harinya, mula lah kepala dok pening . Mana taknya, takutlah jugak kelas tu macam kat sekolah . Dah la tak bawak buku rujukan Bio , Chem yang tetebal tu . Rupanya EK ELEH kelas PD (Pembinaan Diri) . Belajar tentang diri sendiri and orang sekeliling . Tapi kelas KN lagi mengantuk daripada kelas PD . Ya Rabbi Ya Karim, Ya Roti Ya Krim . Sumpah gila mengantuk . Berapa kali dah kantoi dengan Akash cz tidur . Haha dah la lukis muka orang time tengah tidur . Grr . Anyway, still terima kasih untuk Cikgu Rafir, Cikgu Ila (PD) and Cikgu An-nie (KN) kerana sudi mengajar . Tepuk tepuk terima kasih !



Second month dah mula masuk kelas fizikal . Kelas fizikal means outdoor activities . Kembara halangan ( satu carutan untuk monkey swing ) , tali tinggi , tali rendah , kawad , MENEMBAK , Wirajaya , Navigasi , fuh banyak . Penat tulis . *teguk 100plus seketika* Ok , segar kembali . Nak tau lagi, pergi PLKN haha . Aktiviti yang ada boleh tahan , tercabar jugak sifat keperempuanan yang ada dalam diri ni . Heh . Cuma yang tak sempat ialah kayak . Bagus jugak takde, if not kantoi lah yang aku ni tak gheti berenang . Hahaha :p

Ok, now cuba teka saya kompeni apa ? If jawapan betul, nanti kasi gula pasir sepeket :D Dengan bangganya saya merupakan pelatih daripada kompeni ..




APLHA

(tepuk la siket haiyaa)

Kompeni Alpha paling ramai pengikutnya . Sampai ada sesetengah wira tu tak ku kenal . Macam " Eh budak ni Alpha rupanya.." Terukkan ? Jangan salahkan ibu yang mengandung .. He he . Pemegang 2balak wira & wirawati dah jalankan tugas dengan sebaiknya . Cayalah ! *tepuk tangan* Even Alpha tak menang kompeni terbaik kali ni, tapi semangat kami tetap tak berubah . Dengan itu, inilah cheer kami . Rhythm dia pepandai lah reka haha .

" Inilah semangat kami
pasukan kami
kompeni Alpha
Alpha number one 2X
Huu Haa , pokke ! "

Haha pokke femes kat Desa Rimba . LOL


Tempat penginapan sewaktu berada di Desa Rimba ialah Teratai Inn . Wah, nama nak glam je . Ok dorm teratai, ha baru betul . Seriusli nak bagitau, dorm mates semuanya gila kentang . Bila semua dah kumpul sekali, kalah kenduri kahwin kat Kampung Pinang Berbatang-batang . Paling havoc bila weekends lah, 'cause memang pentadbiran dalam dorm setiap masa . Tapi bila masuk jam 1300 sampai 1600 , sunyi sepi dorm macam rumah terbengkalai . Nak tau sebab apa ? Sebab semua tengah TTS ( time to sleep / tidur tempat sendiri / tidur tanpa suami ) haha . Bila malam dapat phone, fuh, memasing jadi alim . Qiamullail sambil berzikir . Ok tipu . Qiamullail means berjaga malam . Berzikir means texting . If gabungkan , berjaga malam untuk texting . Haa, kantoi sudah . Dah tak alim lagi heh .


Kem Desa Rimba . Semegah nama nya, sehebat kepopularitiannya . Cewah ayat bombastik gitu . Ngeh ngeh . Berdekatan dengan Batu Belah Batu Bertangkup , tempat Al-Maunah dulu (aku pun taktau sape geng Al-Maunah tu). Jurulatih-jurulatih semuanya firm but nice and kind . Ikut mood diorang lah nak marah kitorang bebila masa and kitorang pun ikut mood kitorang lah jugak nak cakap belakang bebila masa . Haha stended lah tu . But now, nak buat public forgiveness - KAMI SORRY CIKGU ! :D

Hukuman / ayat command yang femes kat kem ;


" Gelojoh kau wira wirawati " - Cikgu Along


" 14 1 2, hentak kaki, berasap berapi, dalam Dewan Jati, hentak kaki CEPAT ! " - Cikgu Jem


" ..faham wira, faham wirawati ? " - Cikgu Izuan


" Biar awal sejam, jangan lewat seminit.." - Cikgu Rahim


" Rapat kaki rapat tangan, langut terus pandang depan . DIAM " - Taufiq , 4balak


" Habis semua sekali ! " - Moli 3balak


Ah kit, sorry maa wa taktau lu punya feveret command apa hek hek


Duduk kat sini seronok sebab environment nya . I mean, the surroundings was absolutely fantabulous ! (fantastic + fabulous) Ramai member yang segeng sekepala sekentut . Nak korek hidung ke, sendawa macam gergasi tak makan sebulan time berdiri dalam baris pun takyah segan-segan . Sempoi habiss . Kami memang ngam ah . Macam lagu 'Seia Sekata' . Bila balik ke kediaman wirawati , takde perbezaan kompeni and dorm . Jumpa je , mesti ada benda yang diborakkan . Walaupun orang tu selang 3dorm ke belakang and merupakan musuh ketat sesama kompeni . Semangat kami lebih tertonjol semasa dalam surau, tunggu azan . Tak kisah la azan waktu bila sekali pun, sebelum solat berjemaah, kami PASTI tidur berjemaah dulu .

Mula-mula sampai, ade jugak semangat kenegerian . Selangor dengan selangor, kelantan dengan kelantan . Sama jugak semangat sekolah . Geng SBP lain, geng MRSM lain , geng Teknik lain . Habis tu , aku ?! Tarak geng isk isk . But lama-kelamaan, semua semangat itu lupus secara tidak langsung . Hanya satu semangat yang timbul selepas itu iaitu Semangat 1 Malaysia . MALAYSIA BOLEH ! *gila semangat -,-*

Life kat PLKN memang kelakar . Kelakar sebab apa ? Everything has turned upside down . Haha . Orang dok kata, " Wah, kau boleh kurus lah duduk kat PLKN nanti " Itu ayat before someone tu pergi PLKN . Tapi itu hanyalah auta, bukan fakta . Try duduk sini, konfem size seluar kau berubah . Seperti yang berlaku kepada Bedah (bukan nama sebenar) haha . Thank god, mine still maintain :D Tepuk lah tangan siket , haiya .



Nak tau apa sebenarnya function baju celoreng tu ? Haa, ada sesetengah anggap baju tu as sweater . Haha mana tak nya, bila hari yang ditetapkan untuk pakai baju tu, boleh tengok budak2 lelaki tak merengkot kesejukkan bila RO call subuh . If pakai baju PT, tangan semua stok sorok dalam poket seluar . Ngeh ngeh . Ada jugak yang kata tu baju sauna . Ha, yang ini tak dinafikan, memang betul . Ya allah, panass gilaa . Apa lah dosa aku pakai baju tu haha . Tapi agak berbangga lah jugak pakai baju tu, even aku kelihatan seperti Big Momma -,- .

My personal notes for all of you ; PLKN isn't as bad as you guys think . It is an exciting experience especially youngsters because there are millions of moral values you can get there . It helps you to endure the hardship, how to be tough mentally and physically, how to adapt with the surroundings and how important friendship is . Deep from my heart, I thank Allah for giving me this one-in-lifetime chance because I know, Im the chosen ones (wahh macam power rangers , the chosen ones kekeke) . So, for the next generation , PLKN BEST (!)


IM GONNA MISS PLKN DESA RIMBA AND ITS CONTENTS CRAZILY


Tepuk tepuk Desa Rimba ! Desa desa, rimba rimba .. desa rimba .. desa rimba

P/s : Tak sabar tunggu alumni :D



1 comment:

  1. haha... my plkn moments... thx Duura sbb post ni.... haha miss our time there too...

    ReplyDelete