Saturday, March 19, 2011

"Sayang, janganlah merajuk.."



Sumpah blog aku dah macam blog orang emo . Zzz . Salam perpaduan untuk semua . Harini, kita akan merentasi Lautan Cinta dan akan berhenti ke Teluk Merajuk sebagai perhentian pertama buat pelayaran kita kali ini .

Percaya tak anda bahawa orang bercintan-cintun ni jiwanya jiwang ? Cepat sensitip macam daun kemuncup . Bila kita sentuh, dia tutup . Shrett *bunyik pintu* Baik wira atau wirawati , maaf baik lelaki atau perempuan, dua-dua sama je . Salah sikit je, ciput seciput siput sedut je tapi merajuknya YA ALLAH kalah budak kecik tak dapat gegula lolipop limaposen . Banyak sebenarnya alasan/reason/sebab/punca kenapa dia merajuk tetapi hanya 3 sahaja yang dapat dikenal pasti oleh Prof Dee iaitu ;



"..peluklah diriku dan jangan kau lepas.." Alexa- Jangan Kau Lepas

Si dia cemburu dengan kehadiran orang ketiga . Wahh siapa itu olang ketiga ? Aiyo, tak tayo.. Mungkin bagi kita " Eleh, takde pape lah . Member je tu " But bagi dia, " Ish, dadah musuh no.1 Malaysia aku tapi DIA musuh no.1 aku !" Wahh dasat . Disebabkan hal itulah, dia rasakan orang ketiga tu punca korang renggang . Kesudahannya, dia merajuk.. hypothesis is accepted .



" I nak pergi Itali , tak kira "
" Check duit dalam wallet I, cuba kira "


Merajuk kerana anda tak mengikut apa yang dia mahukan . Sebagai contoh diatas lah hee . Nampak ni macam hal kecik, tapi tak impossible boleh tangguh sampai berbulan-bulan .





Ada jugak yang merajuk semata-mata nak dapatkan perhatian daripada partner dia . Mungkin anda terlalu busy dengan life sendiri and mungkin jugak saje nak bermanja-manja (If aku, bagi duku sekali pale nya haha) Sebab tak dapat perhatian lah, dia sengaja cipta perhatian . Bak kata wartawan , cari publisiti . Huu

Ok, ini ada perkara PERLU ! and TAK PERLU ! yang perlu anda baca . So, bacalah tau tau

PERLU !

*Just tell the truth..
Ceritakan kat dia apa yang berlaku sebenarnya . Telling the truth is the best way to act . Besides, paling penting sekali ialah anda PERLU PERLU dapatkan explaination daripada kenapa dia merajuk sebenarnya . Dari sini si dia boleh tengok betapa caring nya anda terhadap si dia . Wahh comelnya .

*Give up !
Giving up doesn't mean you are a quitter but you just can't see the other side loses again . Haha sarcasm much ? Lol . Dalam situasi macam ni, anda haruslah bijak dalam buat keputusan . Dalam tempoh masa anda give up tu, try lah ambil hati dia juga . Jangan lah give up pastu tak buat pape . Haiya , tarak syiok maa . Gunalah keistimewaan anda untuk tackle hati dia balik . Bagi cekelat ke, aiskrim ke, baru lah dia sejuk balik . Macam kita jugak lah, if merajuk, mestilah nak dipujuk . Kan ? Nyampah ! *tangan auww* haha

*Romantiknyaa..
Nyanyi lagu , hantar SMS cintan-cintun , buat surprise untuk dia . Ha, konfem dia kembali senyum macam lagu izwan pilus tu . Walaupun segala benda tu bukanlah tulen dan asli daripada anda , tapi.. dia bukannya tau pun kan ? kekeke . Ala, janji dia dah ok balik, ok lah tu . Layannn ~

TAK PERLU !

* 1-1
Tau apa maksud 1-1 ? Score Man . Utd lawan Liverpool . Ok tipuu marah peminat duadua kelab nanti . Itu maknanya dua dua nak menang je . Haa, ini masalah . Like i said just now, giving up doesn't mean you are a quitter but .. ha kau scroll ke atas balik and baca . Maybe reason yang dia merajuk tu memang sebab kita tapi kita pulak yang lelebih naik hangin nya . LEK LU DER, chill . Jangan simbah petrol ke dalam api yang membara . Tak pasal-pasal nanti relationship korang macam London Brigde . London Brigde is falling down..

* Mendesak
Orang tengah merajuk, kita lagi push push push dia, siapa yang tak rimas . Macam ulat bulu naik tengkuk tau tak ? Eii rimas teramat . Mungkin dia taknak ceritakan nape dia merajuk, ok takpe, bagi dia space . Biar dia tenang dulu . Mana tau dia nak cerita after that ke.. sabar boleh tak ? Gelojoh lah kau .

* Gunakan orang tengah
Orang tengah ke, orang dalam ke, orang kabel letrik ke, JANGAN JANGAN JANGAN . Biar orang-orang ni mati melarat dek takde job . Kita jangan gunakan diorang . Memang lah dia member tapi leh pecaya 100% ke ? Bukan apa , tak ke naya if one day korang gaduh dengan partner dek orang tengah ni yang merupakan member baik korang sendiri ? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya .

Habis untuk itu, Prof Dee nak rushing so byebye (:

No comments:

Post a Comment